<cite id="53jP"></cite>
<ins id="53jP"><video id="53jP"><cite id="53jP"></cite></video></ins>
<cite id="53jP"><video id="53jP"><var id="53jP"></var></video></cite>
<ins id="53jP"><span id="53jP"><cite id="53jP"></cite></span></ins><var id="53jP"><span id="53jP"></span></var>
<menuitem id="53jP"></menuitem>
<cite id="53jP"><span id="53jP"><var id="53jP"></var></span></cite>
<cite id="53jP"></cite>
<var id="53jP"></var>
<var id="53jP"><span id="53jP"></span></var><cite id="53jP"><video id="53jP"><var id="53jP"></var></video></cite>
<ins id="53jP"><span id="53jP"><cite id="53jP"></cite></span></ins>

Wednesday, April 13, 2011

Solat!!!

CE CITER~`
by Tasneem Hidayah on Tuesday, April 12, 2011 at 2:38pm
a: Islam itu mudah.. serius!!
b: ye ke? mcm berat je kene solat..kene puasa..ce tgk cm aku.. tayah solat, boleh pegang2 tgn boyfriend aku..tayah byk pk..ini tak boleh ini tak boleh..hidup hanya sekali~ kalo dah aku kene ikut semua suruhan tu..bile aku nak enjoy weh? ( sambil wat iklan sunsilk : kita enjoy!)

a: ko memang =.= ce open minded skit!
b: uiks..gile ke ape aku tak open minded..

a: tu lah ko.. open minded tu direct translation dia bukak minda.. ce bukak minda ko tu..
b: wehh..aku dean list berturut2 tau.. bakal first class honour ni...tengok orang ar wey~

a: aigooo~ ( dlm nada korea) ko ni susah la.. aku tanye subjek sem 1 dulu mcm la ko igt.. sbb ko belajar tak ada kefahaman! jadi pak turut nota sampai ke sudah.. nnti ko keja ko nak cari nota ape lak ko nak jawab? exam oriented betol~
b: kerut dahi ( marah2)

a: maaf la .. aku nak cita je..kalau ko faham mudahnya solat.. kalo ko faham sihatnya bila puasa.. kalo ko faham sebab2 kita kena suruh wat semua tu.. semuanya easy the pieces.. faham dalam erti kata sebenar..
b: aku belajar dah kat sekolah agama dulu.. aku tau ar weh.. kubur aku..pandai ar aku manage..nnti dah tua aku kumpul ar amalan2 bg pass aku masuk syurga..

a: senyum..dlm hati ckp : (yaAllah lenturkan lah lidah ku agar boleh berbicara dgn hikmah dengan hamba Mu ini.. sungguh aku bertanggungjawab menyampaikan padanya )

a: ko nak tahu tak nape aku ckp solat tu senang?
b: aaa ..ceciter~ ce citer~
a: meh aku cite pengalaman aku solat di negara bukan Islam.. yang tade masjid setiap 3km..yang telekung tak disediakan dimana2..yang kiblat tak diberitahu kat mana...yang azan tak berkumandang..yang waktu solatnye tak konsisten especially waktu winter...
b: perhh~ abehtu ko solat camane weh? kat msia yg ada semua ni pun aku berat gile kot nak wat..ce citer~

a: aritu..aku gi zoo.. ofkos la yang ada padang n tandas je kan...telekung, sejadah..memang tak bawak ar kan? aku dah pk2 nak qada' je solat.. pastu kakak aku ckp.. heh dek..jom solat,leh jamak.. aku jawab ..tak de telekung ar,sejadah pun tade,qada' kat rumah je la nnti.. akak cakap ..oi,kalo ko dah jalan2 ni tutup aurat iaitu tutup selain muka dgn tgn,tak pakai ketat2, tak pakai jarang2 ikut syarat2..apehal lak ko takleh solat pakai baju ni je? dah tentu2 aurat dlm solat ngn aurat kat luar sama..lain la kalau ko masa solat lain masa keluar lain..

b: hmm..berfikir sejenak ( betul jugak dia ni.. ) .. cecite lg weh? abehtu ko tade sejadah tatau kiblat..camane?
a: sejadah tu .. aku bentang je cardigan kat padang.. kiblat tu aku tgk ariel kat rumah depan zoo tu dgn matahari..kebetulan kompas tak bawak..sbb aku da lame perhatikan ariel kat sini sama direction ngn kiblat..dan ariel tu jenis dia sama.. alaah tade hal lah.ko kan dak sekolah agama..msti tau "berkiblatkan hati" bila dlm hutan kan tak nampak ape2?
b : errr.. aa tau2 penah belajar dulu..tp tak apply sbb kat msia semua ada direction.. ikut je lah..dalam hutan pun ada surau..ngee~ eh..kan boleh jamak je weh solat kalau kat luar negara.. main jamak2 je..best ar ko dpt diskaun solat..
a: sesedap oren je ko kan nak diskaun2, mmg la Islam tu mudah.. tp kena lah dengan cara nya.. =.= tu ikut situasi masing2 la kan.. bila aku meeting dgn orang putih..tiba je waktu rehat..aku terus gi solat..rehat kdg2 5 -10 minit ajer.. jd aku baca ayat2 yang rukun sahaja n wat yang wajib je.. tak lama la beb..setakat beberapa rakaat,bila perlu sgt baru aku jamak 2 waktu,cam winter masuk waktu gap dia kejap2...tp biasanya orang putih pon tak pernah merungut kalau aku nak solat time rehat..sbb dia tau aku on-time.. solat tu mudah giler kot~

b : hmm..tp aku tak rasa keuntungan solat tu..aku tak ada feel la weh..
a: ko kena hayati setiap bacaan dlm solat tu.. bila ko baca alfatihah.. ce bc dengar kefahamn..terbaekk nyer~aku bg example mudah 2 ayat dlm al-fatihah : engkaulah sahaja ya Allah yang kami sembah dan kepada engkaulah sahaja kami mintak pertolongan..tunjukkan kami jalan yang lurus..

b: aku tak rasa feel ape2 pun..sigh~
a: sbb ko tak faham lg.. cuba ambil satu situasi.. ko seorang pelajar.. bila ko da usaha belajar berjam2.. tp susah sgt nak belajar..masuk waktu je, ko solat.. ko baca alfatihah ko sebut yg ko mintak pertolongan dgn Allah..ko mintak Allah tunjukkan jalan yang lurus..dalam dunia ni kan.. siapa lagi penolong yang terbaik selain Allah? semua berlaku dgn izin Allah.. ko nampak tak camana solat tu boleh menguntungkan ko? mudah kan...ko dah usaha2 berjam2..break 5 minit..solat dgn kefahaman sebenar...

b: hurm.. terbaek la weh~ aku nak gi belajar lg la pasal solat.. mcm best je..
a: =.=" tahu takpe..

buat satu perkara dengan kefahaman dalam erti kata sebenar.. ISLAM ITU MUDAH! :D

p/s:share dari facebook....thank you pada yang empunya diri

Monday, March 28, 2011

The past

Huh it has been really long since i last hit my keyboard in this blog. Many things happened around me and make me someone more mature and a lot of thought have had to be put in my way of judgment in my life in order to have a better future.


I am pondering back what had i gone through last 5 months ago which i never thought will ever happened to me. That kind of experiences make me wonder did i ever enough grateful and say thankful to Allah.....to be continue huhu


Monday, November 15, 2010

Cinta yang semakin KABUR

Dikongsi oleh Prof Dr Ali.....

Jika ditanyakan kepada hati nurani kita yang paling dalam, mana yang lebih
berharga, kemewahan hidup atau kerukunan rumah tangga? Tentu kita akan
menjawab, kerukunan rumah tangga.



Jika ditanya, untuk apa kamu bertungkus lumus bekerja siang dan malam? Tentu
jawab si suami, “kerana isteri dan anak-anakku” Begitulah juga jika
ditanyakan kepada si isteri, tentu jawapanya kerana suami dan anak-anak.



Malangnya, kita sering tertipu. Betapa ramai antara kita yang telah
melupakan isteri, meminggirkan suami dan mengabaikan anak-anak, semasa
mencari kemewahan dan keselesaan hidup? Kita sering terlupa bahawa
kemewahan hidup; harta, rumah, kereta dan sebagainya bukan matlamat tetapi
hanya alat dalam kehidupan ini. Kita memburu alat untuk mencari
matlamat. Ertinya harta dan segalanya itu adalah untuk membahagiakan
rumah tangga kita.



Namun apa yang sering berlaku alat yang menjadi matlamat, matlamat menjadi
alat. Kebahgiaan rumah tangga sering dipertaruhkan dan tergadai dalam
keghairahan kita memburu kemewahan hidup. Kita bekerja demi anak-anak,
tetapi anehnya anak-anak kita abaikan mereka semasa bertungkus lumus
bekerja. Kita tidak sedar, kita terus memburu dan memburu.



Bangun daripada tidur, bergegas terus keluar bekerja. Hampir senja baru
pulang. Tidak cukup dengan itu, ada pula kerja yang kita bawa pulang ke
rumah. Atau kita keluar bertemu pelanggan dalam kerja-kerja “part
time”. Begitulah kita hari demi hari, bulan demi bulan, tahun demi tahun.
Tiba-tiba kita tersentak, mengapa kita sudah jarang menikmati senyum dan
gurauan
isteri? Mengapa kita sudah jarang mendapat sentuhan dan belaian suami?
Mengapa ketawa dan gurau senda sudah semakin hilang dalam rumah tangga?



Ketika itu, hati kita masih mampu memberi alasan. Aku sibuk. Aku sedang
mengejar kejayaan dalam karierku. Sedikit masa lagi, nantilah, bila
segalanya sudah stabil aku akan kembali serius membina keharmonian keluarga.
Nantilah, aku akan ini, aku akan itu… Begitulah selalunya diri kita memberi
alasan. Dan kita terus selesa dengan alasan, biarlah isteri, suami atau
anak-anak “berkorban” sementara, nantilah kita akan bahagia!.



Jangan keliru. Bahagia itu bukan hanya di hujung jalan tetapi bahagia itu
ada di sepanjang jalan. Carilah bahagia yang ada di sepanjang jalan itu
dengan sentiasa menggenggam rasa cinta selamanya. Carilah harta, tetapi
genggamlah cinta. Carilah kemewahan hidup tetapi peluklah cinta itu
sekuat-kuatnya. Jangan diabaikan cinta itu. Tunaikanlah hukum-hukum cinta
dalam apa jua keadaan.



Antara hukum cinta yang paling diutamakan ialah cinta itu memberi, cinta itu
mendengar, cinta itu berkorban, cinta itu tanggungjawab, cinta itu mendoakan
dan cinta itu memaafkan. Contohnya jangan kesibukan menyebabkan kita
jarang memberi masa, perhatian, senyuman, nasihat dan doa kepada pasangan
kita. Jangan hanya mengucapkan kalimah-kalimah cinta yang bersifat
“kosmetik”, tetapi luahkan dalam bentuk perbuatan dan tindakan yang dapat
dilihat dan dirasa.


Wallahu 'alam.

Friday, November 12, 2010

Mandi Wajib....sebarkan

Telah dipastikan bahawa terdapat terlalu ramai dari kita yang tidak sah mandi wajibnya...saya kongsikan artikel ini untuk semuanya...sila share atau copy di blog masing-masing..terima kasih-azarudin bocheh.

Assalamualaikum, Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.

Mandi wajib yg betul….. Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah. Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan. Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?.. Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik. Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Panduan Tambahan :

1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Rahsia 13 Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……

1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.

7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.

9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.

10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.

13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!” Wassalam.

“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…

Monday, October 11, 2010

Petua Imam Syafie

  • Empat perkara menguatkan badan

1. makan daging

2. memakai haruman

3. kerap mandi

4. berpakaian dari kapas

  • Empat perkara melemahkan badan

1. banyak berkelamin (bersetubuh)

2. selalu cemas

3. banyak minum air ketika makan

4. banyak makan bahan yang masam

  • Empat perkara menajamkan mata

1. duduk mengadap kiblat

2. bercelak sebelum tidur

3. memandang yang hijau

4. berpakaian bersih

  • Empat perkara merosakkan mata

1. memandang najis

2. melihat orang dibunuh

3. melihat kemaluan

4. membelakangi kiblat

  • Empat perkara menajamkan fikiran

1. tidak banyak berbual kosong

2. rajin bersugi (gosok gigi)

3. bercakap dengan orang soleh

4. bergaul dengan para ulama

  • 4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABITidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit danbumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAHMiring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solatmalam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBAMiring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyakdimakan.

4. TIDUR SYAITANMenelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

* Kalau ada kesudian .. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim - Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yangmengajarnya meskipun dia sudah mati.


moga memberi manfaat.....

Wednesday, September 29, 2010

Sebuah kisah...

Assalamualaikum....

Sekadar ingin berkongsi cerita....sgt mengisafkan, tajuknya..Melyu-Islam-Jihad-DAKWAH...Jangan mudah menggelar non muslim sebagai kafir......

Marilah baca dahulu sebelum memberi komen selepas membaca tajuk di atas

Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak bernama Lim Wei Choon. Sana-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah. Selepas SPM, aku masuk ke Tingkatan 6 manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat.

Kenangan sewaktu kanak-kanak hing...ga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama.

Setiap kali hari raya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumahku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya. kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali untuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim.

Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku. Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan 'breakdance', semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan ugama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami. 20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja disana. Itu yang kuketahui dari kakaknya.

Hubungan aku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran. maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan.

Suatu pagi. Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu Lim akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan berita yang kudengar dari kakaknya.

"He's name is no more Lim Wei Choon. He's now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago... Subhanallah!

Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku.

Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan...

Assalamu'alaikum... Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang.

Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah.

'Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang" Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman rakanku. Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk berbual-bual. beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama berada diperantauan.

Talha, kau kawan baik aku kan ? betul tak?

Memanglah... Kenapa kau tanya macam tu?

Kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa?

Sorry Lim. Aku tak faham... diseksa? What do you mean?

Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house.

Tapi, mengapakah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ni?

Dan mengapa aku di Islamkan oleh seorang bekas paderi kristian?

Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata. Kalau betullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia saja? kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam api neraka?

Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk islam hingga aku mati. Aku akan dakwa semua orang Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain. Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah denagn melahirkan kau didalam keluarga Islam. tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.

Aku masih tunduk dan terkata apa-apa kerana sangat malu. Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung Risalah.

Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni tidak ada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong ugama Allah? Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal... sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah.

Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir.

Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar! dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar.

Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telah dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu. Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru.

Aku ingin berdakwah!

Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih dari 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam?

Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan sebagai Islam.

Thursday, August 19, 2010

Mari Shalawat

Assalamualaikum....ahlan wa sahlan ya Ramadhan,

Dah 9 sembilan hari kita berpuasa, alhamdulillah syukur kepada Allah kerana kita diberi peluang untuk bertemu dengan Ramadhan kali ini. Marilah kita perbanyakkan amalan yang baik seperti solat sunat, berzikir, bertadarus, sedekah, solat malam (tahajud), mendoakan kesejahteraan saudara2 kita yang kurang mampu dan sebagainya.

Nak letak lagu sebenarnya kt blog nie tp xtau cmner nk buat hehehe, so just kongsi lirik lagu dari kumpulan Wali dari indonesia, Wali Band tajuk lagunya Mari Shalawat. Klu nk dgr leh search kt youtube yea. Bagus lagu tu dan banyak pengajaran.

Liriknya:

Sholatullah salamullah, ‘ala Thoha Rasulillah
Sholatullah salamullah, ‘ala Yasin Habibillah
Tawasalna bibismillah, wa bilhadi Rasulillah,
Wa kulli mujahidin lillah, bi ahli badri, ya Allah

Daripada kita pacaran
Lebih baik kita sholawatan
Daripada kita berduaan
Nanti bakal di hasut setan

Awas jangan dekat-dekatan
Kita ‘kan belum ada ikatan
Daripada dekat-dekatan
Mending kita sholawatan

Sholatullah salamullah, ‘ala Thoha Rasulillah
Sholatullah salamullah, ‘ala Yasin Habibillah
Tawasalna bibismillah, wa bilhadi Rasulillah,
Wa kulli mujahidin lillah, bi ahli badri, ya Allah

Bukan aku tak suka padamu
Bukan aku tak mau denganmu
Tapi aku mau liat dulu
Setebal apa imanmu

Sudahlah engkau lupakan
Anggap saja kita ta’arufan
Sudahlah jangan kau pikirkan
Mending kita sholawatan

Sholatullah salamullah, ‘ala Thoha Rasulillah
Sholatullah salamullah, ‘ala Yasin Habibillah
Tawasalna bibismillah, wa bilhadi Rasulillah,
Wa kulli mujahidin lillah, bi ahli badri, ya Allah

Wali Band-Mari Shalawat

Diharap kita semua dapat menjalankan ibadah puasa dengan penuh ketaqwaan dan dapat bertemu dengan malam lailaturqadar amiiinnn.
 
cara bermain Nova88www.nova88.c0mcara bermain Nova88download sky777Nova88 malaysia agent Wbet MalaysiaLive Skor Sepak bola
Login Live22 today 4d result Online Casino 918kaya Games Games Live22 citibet register
Apk 918kaya Online Casino nova88 bet malaysia Android Online Slot 918kaya rollex11 hack italy serie d live scores today
King368 online casino Mega888 Login Website Download 918kaya Games
mobile live casino W88club Best| W88club Trusted live casino| W88boleh Best Live Betting| mobile live casino W88 thailand| w88live live casino| indonesia W88 优德 slot games| malaysia w88ok sportsbook| W88boleh indonesia Welcome bonus| vietnam W88 优德 slot games| indonesia w88ok| sportsbook W88club| sportsbook vietnam w88live| w88live indonesia Live Betting| W88 优德 thailand mobile live casino| thailand W88club mobile live casino| W88 malaysia Live Betting| thailand W88club Sport Betting| live casino w88ok Best| slot games malaysia W88club| thailand W88 Sport Betting| sportsbook W88 malaysia| slot games w88live malaysia| Sport Betting w88live| Trusted W88club Live Betting| Best W88 优德 Live Betting| Welcome bonus w88live Trusted| w88live indonesia Welcome bonus| W88boleh vietnam live casino| vietnam W88boleh mobile live casino| Welcome bonus indonesia W88club| Trusted w88ok live casino| Sport Betting w88ok thailand| Welcome bonus thailand W88club| Welcome bonus vietnam W88 优德| Welcome bonus W88 vietnam| Poker w88live Best| W88boleh indonesia live casino| Sport Betting indonesia w88live| Sport Betting W88 vietnam| Live Betting W88 indonesia| W88 优德 Trusted Welcome bonus| http://918kaya-apk.ga http://citibet-my.gq http://nova88malaysia.gq http://wbet-my.gq http://918kaya.gq http://prediksibolabet77.net